Powered By Blogger

Sunday, November 21, 2010

DALIL TENTANG PENGHARAMAN BERSENTUHAN ANTARA BUKAN MAHRAM

Lagi dalil ttg pengharaman bersentuhan antara bukan mahram:

1.Dalam Mazhab syafie, hukum bersentuhan kulit/bersalam dengan makcik sebelah isteri atau dengan kakak ipar tanpa berlapik adalah tidak harus sama sekali kerana boleh mendatangkan fitnah dan mereka termasuk dalam kumpulan wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.
Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya bahawa jika pihak yang terlibat (yang ada hubungan kekerabatan/persemendaan)terlebih dahulu menghulurkan tangannya, maka harus menyambut huluran tangannya dan seterusnya bersalam dengannya dengan syarat tidak disertai dengan syahwat dan aman daripada fitnah.Lebih utama bagi seorang muslim atau muslimah agar tidak memulai berjabat tangan dengan yg bukan muhrim.
Bagaimanapun, majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di atas bagi mengelakkan berlakunya fitnah.
Wallahu a'alam.

2.Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan yang
ajnabi. Dalil yang mendasari hukum ini ialah:

Dalil pertama: Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah
Aisyah r.a. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah r.a. berkata: " Demi Allah,
tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan
itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar
telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:
"Maksud ucapan Rasulullah s.a.w.: "Benar-benar telah bai'at kamu
dengan ucapan." adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang
biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah
dijalankan.

Dalil kedua: Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan
perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama perempuan
ketika bertemu.

3.Harus melihat dan menyentuh perempuan ajnabi dengan tujuan berbekam
atau mengubatinya, tetapi dengan dua syarat: a) Pengubatan itu
dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang boleh
dipercayai. b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh
mengubatinya.

4. Hadith Abu Hurairah:
"Zina kpd tangan itu ialah bersentuhan (al-massu)..."

5. Dalil Pengharaman Berjabat Tangan Dengan Bukan Mahram

Dari Urwah bin az-Zubair, katanya, “Aisyah r.a. pernah mengkhabarkan kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menguji beberapa orang perempuan yang beriman yang datang kepadanya, dengan firman Allah Taala:
“Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia bahawa mereka tidak akan mempersekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurkaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka..” (Al-Mumtahanah: 12)
Maka di antara mereka yang sepakat dengan syarat ini. Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Benar-benar telah aku bai’ah kamu.” “Demi Allah”, kata Aisyah, “tangan baginda s.a.w. tidak menyentuh tangan seorang perempuan pun ketika berbaiah. Baginda hanya berbaiah dengan perkataannya: “Benar-benar aku telah baiah kamu atas hal itu.” (HR al-Bukhari)
Aisyah r.a. meriwayatkan: Tidak pernah tangan Rasulullah s.a.w. menyentuh tangan seorang perempuan kecuali yang Baginda miliki (isterinya). (HR al-Bukhari)
Dari Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a., katanya, “Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan ketika berbaiah.” (HR Ahmad).
Dari Muhamad bin al-Munkadir dari Umaimah binti Duqaiqah, katanya: “Saya pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. bersama beberapa orang perempuan untuk berbaiah atas Islam. Maka mereka berkata, “Wahai Rasulullah s.a.w., kami berjanji setia bahawasanya kami tidak akan mempersekutukan Allah. Kami tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berbuat dusta yang kami ada-adakan antara tangan dan kaki kami, dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya: “Maka bagaimana kalian mampu?” Mereka menjawab: “Hanya Allah dan RasulNya yang paing mengasihi kami daripada diri kami sendiri. Marilah kami berjanji setia kepadamu, wahai Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seratus perempuan seperti ucapanku kepada seorang perempuan.” (HR Malik & Nasa’i)
Dari Ma’qil bin Yasaar r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kalian dengan alat jahit dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah memegang; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)” (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid, menurut al-Albani: Sahih)
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Perempuan itu aurat, maka jika dia keluar, syaitan mengagungkannya (mempercantikkannya menurut pandangan lelaki).” (HR At-Tirmizi)

Wednesday, November 17, 2010

Perkara Remeh Tetapi Besar Ganjarannya

Berwuduk merupakan salah satu amalan wajib bagi umat Islam sebelum mengerjakan solat lima waktu. Tahukah anda fadhilat membaca doa selepas wuduk? Sebaik sahaja anda selesai berwuduk, anda disunatkan membaca doa selepas wuduk sambil mengadap ke arah kiblat.



Maksudnya: "Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutui-Nya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda."

Sabda Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam:
"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syariikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abduhu wa rasuuluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.
(Hadis Riwayat At-Tarmizi(50); Sahih: Sahih At-Tarmizi(55) dan An-Nasai(148); Sahih: Sahih An-Nasai(148))

Aku Tahu, Tapi Aku Mahu..

Sabda Nabi: huffat al jannah bil makarih, wa huffat an nar bissyahawat.(jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat.)
aku tahu hidup dunia cuma sementara
tapi seolah-olah kuhidup untuk selamanya


aku tahu segala amalan bakal dihisab,
tapi masih kulupakan alam akhirat


aku tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan
tapi maksiat masih berterusan


aku tahu solat itu penting
tapi selalu memandangnya enteng


aku tahu solat itu tiang agama,
tapi sering saja aku lewatkannya


aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja,
tapi solat masih tak dijaga


aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran,
tapi masih liat nak mengulang


aku tahu aurat itu aib diri,
tapi masih x pandai menjaga diri


aku tahu cinta itu fitrah,
tapi aku jadikannya fitnah


aku tahu apa itu dosa apa itu pahala,
tapi aku seolah x endahkannya


aku tahu Allah sentiasa memerhati
tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi


aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya,
tapi aku sering berputus asa


aku tahu aku ini hamba-Nya
tapi masih hanyut dengan dunia


aku tahu azab-Nya api neraka,
tapi masih kulakukan maksiat pada-Nya


aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga
tapi x berusaha untuk medapatkannya
... ... ... ... ... ... ...


Ya Allah, banyaknya benda yang telah aku tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu..
sedangkan Nabi berkata: tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut. kenapa aku jadi begini. aku tahu AKU INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT. tapi aku seolah- olah menjadi hamba dunia.


1 tamsilan untuk sama2 kita renungi dalam diri kita: 'kenapa dalam hal dunia kita pasti nakkan yang terbaik, tapi bab akhirat selalu saja kita mencari alasan utk menjadi yg terbaik'... Hanya ingin mengutarakan beberapa persoalan untuk kita renungi bersama: 'Kalau pointer, pasti semua berusaha sehabis daya untuk mengejar pointer 3.5 and above, semua pasti mahukan yang terbaik. Tapi dalam bab agama, kenapa kita tidak berusaha untuk menjadi yang terbaik juga??'... Diri saya sendiri, terlalu susah untuk istiqamah dengan amalan tertentu, solat di awal waktu, menjaga mulut daripada dosa dan banyak lagi... Apabila ditanya, pasti kita mejawab KESUNTUKAN MASA, BADAN PENAT, X NAK JADI HIPOKRIT dan macam2 lagi alasan yang dijawab oleh nafsu... TAPI,kenapa kita mesti mencari alasan utk sesuatu yg berkaitan dengan akhirat, tapi bukan untuk dunia. Kalau untuk dunia, pasti ada kata-kata motivasi yang membisikkan di telinga: there's a will, there's a way...


Alangkah hebatnya sahabat2 nabi dahulu dan Rasulullah sendiri. Pernah Rasulullah berkata kepada Bilal bin Rabah: Rehatkanlah kami dengan solat. Di sini, saya ingin berkongsi 1 artikel yang pernah terbaca dalam mastika keluaran lama, seorang wartawan membuat liputan tentang kehidupan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan. Pada hari itu, beliau menghadiri majlis tahnik bayi. kerna bilangan bayi yang ramai, TG terasa letih berdiri lantaran usianya yang sudah lanjut. Jadi, beliau memohon ruang untuk berehat sekejap. apa yang dimaksudkan rehat itu? TG mengambil wudhu' dan mengerjakan solat sunat. Itulah rehat yang dimaksudkan oleh TG. Masya Allah, hebatnya keperibadian seorang ulama'. Kalau kita sendiri, mesti rehat yang kita maksudkan ialah dengan cara relax dan baring di atas katil, bawah kipas, tapi tidak bagi seseorang yang benar- benar meletakkan cintanya pada ALLAH.. Allahummaghfirli...


banyaknya benda yang aku tahu, tapi masih mahu melakukan maksiat pada-Mu. ampuni aku, pimpinlah aku ke jalan yang benar.


Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMU,
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU
ampunkan dosaku terimalah taubatku
sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..


Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung.


Jika bukan kita siapa lagi?
jika bukan sekarang bila lagi?
Jika bukan di dunia, di mana lagi?

Monday, November 15, 2010

ALHAMDULILLAH CINTA!

Cerpen ‘Alhamdulillah Cinta’
BAB 1

Bermulanya sebuah kisah pada tanggal 23 Julai 20xx. Sahabat karibku, Muhsin, selamat diijabkabulkan dengan seorang muslimat yang dipadankan oleh murabbiku dan zawjahnya – Ustaz Zikry dan Ustazah Murni.

“Barakallahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wajama’a bainakuma filkhair. Semoga Allah memberkati untukmu dan berkat ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan,” doaku kepada Muhsin sebaik akad nikah selesai.

“Jazakallahu khair, syeikh!” ucapnya lantas memelukku. Ternyata dia sungguh gembira pada hari itu. Almaklumlah, sudah bergelar suamilah katakan.

“Anta bila lagi nak menyusul ana? Cepat-cepatlah mendirikan rumah tangga,” bisiknya kepadaku dalam pelukan ukhuwah kami.

Aku tidak menjawab. Kubalas dengan senyuman sahaja. Ah, terlalu ramai yang menggalakkan aku agar segera bernikah! Tua sangatkah umurku? 23 tahun... muda lagi. Masih boleh enjoy.

Beberapa bulan selepas itu, Hamdani pula mendirikan rumah tangga. Dia juga sahabat karibku. Nampaknya tinggal aku seorang saja dalam anggota usrahku yang masih solo. Istilah yang kami gunakan ialah KIB – Kelab Ikhwah Bujang.

Doa Buat Pengantin Baru kulafazkan kepada Hamdani, sama seperti yang kuungkapkan kepada sahabat-sahabatku yang lain dalam perkahwinan mereka.

“Nafiz, bila pula giliran anta nak berkahwin? Ayuh, perkara yang baik perlu disegerakan! Bukankah Nabi bersabda bahawa sesiapa yang bernikah beerti dia telah menyempurnakan separuh daripada agama?”

Hadith Tentang Pernikahan
“Barangsiapa yang berkahwin, maka dia telah melindungi (menguasai) separuh daripada agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah untuk memelihara yang separuhnya lagi”. (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi)

Seperti biasa, aku hanya tersenyum. Bersetuju tidak, membantah pun tidak. Aku sebenarnya takut. Malah belum bersedia untuk menjengah ke alam rumah tangga.

“Nak tunggu kita rasa cukup bersedia untuk bernikah, sampai bila-bila pun kita tak sedia,” ujar Ustaz Zikry ketika aku meluahkan masalahku kepadanya. “Apa yang kita perlu persiapkan ialah keimanan dalam diri kita. InsyaALLAH, kalau kita sudah siap dengan bekalan iman di dada, kita boleh memimpin keluarga di jalan yang diredhaiNYA.”

Aku berfikir dalam-dalam. Kemudian, aku membuat kata putus setelah aku berselawat tiga kali dalam hati. “Akhi, insyaALLAH ana mohon akhi jadi orang tengah ana. Carikanlah pasangan yang akhi kira cocok buat diri ana yang hina ini.”

“Alhamdulillah! Ana terima lamaran anta untuk menjadi pasangan hidup anta,” jawab Ustaz Zikry.

“Erk?!”

Dia ketawa kecil melihat responku. “Ana gurau sajalah. Ana nak katakan bahawa ana menerima lamaran anta untuk menjadikan ana sebagai orang tengah,” jelasnya sambil menepuk-nepuk bahuku. “InsyaALLAH ana cuba carikan zawjah solehah buat anta.”

“Jazakallahu khair, akhi.”

“Hmm... anta buat keputusan ni, anta tak rasa terpaksakan? Almaklumlah, semua orang asyik bertanya tentang status bujang anta. Ana risau anta buat keputusan ni kerana ingin senangkan hati orang lain. Risau pula kalau anta pula yang berduka hati.” Ustaz Zikry meminta kepastian dariku.

“Ini keputusan ana, akhi. Bukan kerana pujukan atau sebagainya,” jawabku ringkas.

“Anta banyakkanlah solat istikarah. Minta pendapat orang tua. Kemudian, hubungi ana kalau anta benar-benar sedia,” Ustaz Zikry masih merasakan bahawa keputusanku sebentar tadi ialah keputusan terburu-buru.

Mungkin benar katanya. Aku memerlukan beberapa waktu untuk memikirkan soal pernikahan ini. Dalam beberapa hari, kurujuk beberapa maklumat berkaitan tentang perkahwinan. Akhirnya aku menemui sebuah hadith yang kukira menjawab teka-tekiku.

Hadith Tentang Pernikahan 2
“Barangsiapa yang telah merasa sanggup (mampu) untuk berumahtangga, maka hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya nikah itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup (mampu), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan nafsu syahwat.” (HR. Bukhari)

Sepanjang bekerja di hangar (bengkel pesawat), aku mulai diserang penyakit debaran. Ustaz Zikry telah menjumpai muslimat yang sesuai buatku. Gambarnya telah dikirim, namun kutidak mahu melihat gambar tersebut kerana khuatir fikiranku terganggu. Kualaskan keyakinan kepada ALLAH SWT bahawa orang tengah yang soleh pasti akan menjumpai muslimah solehah buatku. Aku terima dia seadanya kerana apa yang kumahukan ialah Islamnya.
BAB 2

Majlis walimahku berlangsung secara bersederhana. Kali ini aku pula yang menerima ucapan doa pengantin daripada kawan-kawanku. Usikan-usikan mereka tidak dapat kuelakkan. Aku belum lagi berkesempatan untuk mendekati zawjahku kerana sebaik ijab kabul selesai, disusuli doa kesyukuran, kami berdua terus melayan tetamu. Kami sebenarnya malu antara satu sama lain.

“Najwa Amani, abang suka nama tu. Indah disebut, secantik empunya nama,” pujiku pada malam pertama kami berdua. “Bisikan Rahsia Ketenanganku, maksud nama Aini sungguh mendamaikan.”

“Aini?” ulang zawjahku. Timbul cemburu dalam hatinya apabila aku menyebut nama lain. “Najwa sedar diri Najwa bagaimana. Najwa berbadan gempal, tidak secantik muslimat yang lain. Namun, Najwa juga seperti muslimat lain yang disarungi rasa cemburu.”

“Aini cemburu?” tanyaku sambil tersenyum.

“Siapa Aini?” zawjahku bertanya perlahan. Ada getaran sedih di peti suaranya.

“Aini itu gelaran khas abang buat sayang. Kerana sayang ialah ‘mata’ yang membuat abang berasa tenang. Mata yang membuat abang berasa semakin dekat dengan Maha Pencipta.”

“Aini itu... gelaran buat Najwa?” zawjahku mengukir senyumannya. Kembang hatinya apabila aku merungkai misteri di sebalik nama Aini, yakni Mataku.

“Gelaran daripada Pemburu Cinta Ilahi khusus buat zawjah yang membantu abang mencapai matlamat tersebut,” tambahku.

“Abang tidak menyesal kahwin dengan Aini?” zawjahku mulai membahasakan diri dengan nama barunya. Kukuis pipinya kerana bijak mengambil hatiku dengan penerimaan gelaran itu.

“Tiada perkara yang membuat abang menyesal mengahwini Aini.”

“Macam yang Aini cakap sebelum ni. Aini ni tiada potongan badan. Tidak layak untuk abang yang tampan. Aini cuma takut abang mencari pasangan lain selepas ini,” sekali lagi zawjahku memperkecilkan dirinya.

Kuraih tangan zawjahku dan kutekap di dadaku. Kutatap matanya biar getaran kasih kami melantun kuat. “Ada tiga perkara yang ingin abang sampaikan kepada Aini,” ujarku.

“Pertama, abang tak mahu Aini mengatakan bahawa Aini tidak cantik dan sebagainya. Aini tahu bukan, ALLAH berfirman dalam surah at-Tiin ayat keempat bahawa seindah-indah ciptaan adalah manusia. Oleh itu, kalau Aini mengatakan sesuatu yang memperkecilkan ciptaan ALLAH pada diri Aini, bermaksud Aini memperkecilkan kuasaNYA. Aini cintaku, kamulah wanita tercantik buat abang,” ketika kututurkan ayat itu, mutiara jernih mengalir di pipi zawjahku. "Seindah hiasan duniawi ialah wanita solehah," sambungku lagi.

“Kedua, abang kahwini Aini kerana Islam yang ada pada Aini. Abang tidak pandang yang lain. Bagi abang, jika indah Islam seseorang itu maka indahlah dirinya. Dan sangat beruntung bagi sesiapa yang memilikinya. Sesungguhnya abanglah orang yang paling beruntung sekali kerana dapat mengahwini seorang puteri yang menjaga agamanya,” kemudian ku titipkan sebuah hadith sebagai tazkirah buatnya.

Hadith Tentang Pernikahan 3
“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Mendapat keuntunganlah barang siapa yang menikahi perempuan kerana agamanya. Maka anda akan memperoleh keberkatan” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Dan yang terakhir, abang ingin memberitahu Aini. Janganlah ditolak akan poligami. Kerana sesungguhnya sesiapa yang menolak poligami, maka dia sebenarnya menggalakkan penzinaan.” Aku berhenti seketika untuk melihat respon zawjahku. “Tetapi, bersyukurlah sayang kepada ALLAH kerana abang berniat untuk bernikah seorang sahaja. Hanya Aini seorang ‘Aini’ buat abang.”

“Demi dzat yang jiwaku dalam genggamanNYA, aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika hilang agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu,” kata-kata Imam Nawawi kulafazkan, kudakap zawjahku penuh kasih.

Akan kujadikan dirinya berasa istimewa. Akan kuhapuskan segala rasa rendah diri yang bertakung dalam dirinya. Aku mahu dia menjadi sayap kiriku yang sentiasa menyokong perjuanganku. Berkatilah kami ya ALLAH. Redhailah percintaan kami!

Ibrah:
Duhai srikandi islami, jangan kau risaukan zahiriahmu. Kau tetap menjadi pilihan Perindu Ilahi, selagimana kau menjaga agamamu. Kupinta kepadamu, genggamlah cinta hakikimu seeratnya. Nescaya akan dilimpahiNYA dikau dengan insan assoleh.

Duhai pahlawan deeni, kahwini bidadari yang solehah. Angkatlah mereka sebagai pemilik cinta, selepas Dia dan pesuruhNYA. Jangan kau terpedaya dengan rupa, kerana hanya agama yang boleh membuatmu bahagia.

Duhai kalian berdua, sungguh bahagianya percintaan yang dibina. Namun jangan alpa, DIAlah selayaknya dicintai menjulang tinggi. PesuruhNYAlah juga wajar lebih dicintai, berbanding pasangan kalian. Bercintalah kalian di bawah lembayung kasih dan rahmatNYA.

Alhamdulillah Cinta!

Sunday, November 14, 2010

Bagaimana bercouple cara Islam?

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.

Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.

Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.

Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.

Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.

Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.

Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?

Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

- Artikel iluvislam.com

FAKTA TENTANG RIBA

1. Tahukah anda bahawa, riba', kadar faedah, dan bunga itu adalah benda yang sama?

2. Tahukah anda bahawa riba' adalah punca utama menyebabkan perbezaan jurang ekonomi yang mana mereka yang miskin menjadi semakin miskin dan yang kaya menjadi semakin kaya?

3. Tahukah anda bahawa riba' juga salah satu penyebab jatuhnya empayar Ottoman?

4. Tahukah anda karangan William Shakespeare bertajuk "Merchant of Venice" berkisar mengenai pengambilan riba?

5. Tahukah anda bahawa Allah SWT dan Rasulnya mengisytiharkan perang terhadap mereka yang mengambil riba'? (Surah Al-Baqarah 2:279)

6. Tahukah anda bahawa mengambil riba', memberi riba', merekod dan menjadi saksi kepada urusan riba itu dosanya adalah sama? (Sahih Muslim)

7. Tahukah anda bahawa larangan riba' juga terdapat di dalam Kitab Injil? (Leviticious 25:35-7, Exodus 22:24, Deutronomy 23:19-20 dll.)

8. Tahukah anda bahawa terdapat 70 jenis riba'? Dan yang paling kecil dosanya adalah seperti berzina dengan ibu sendiri? (Ibnu Majah, Baihaqi)

9. Tahukah anda bahawa menerima satu dirham (wang perak) riba' dengan menyedarinya, dosanya lebih besar dari berzina 36 kali? (Ahmad)

10. Tahukah anda bahawa semasa israk mikraj, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam melihat mereka yang makan riba' perutnya dipenuhi dengan ular? (Ahmad, Ibn Majah)

11. Tahukah anda bahawa akan tiba masanya tidak ada seorang pun didunia ini yang terkecuali dari riba', jika dia tidak terlibat dengan riba' sekalipun debu atau wap riba' akan kena padanya (Sahih Abu Daud)

Penyakit Uji Keimanan, Kesabaran Manusia

Umat Islam digalak ziarah, hulur bantuan ringankan beban orang sakit

SETIAP penyakit yang didatangkan Allah kepada kita umat Islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar.

Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan."
(Riwayat Abu Sunnah)

Sementara itu, Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang 'memungut' ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang." (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka memanggil akan dia oleh malaikat: Baik engkau dan baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan dalam syurga suatu tempat yang baik."

Dalam keadaan pesakit terlantar di katil hospital atau rumah, mereka akan rasa dihormati jika ada saudaranya, kaum kerabatnya dan kawan serta kenalannya datang menziarah. Kunjungan itu akan mengurangkan bebanan perasaan serta mengurangkan rasa sakitnya.

Tetapi seandainya tidak ada keluarga dan kawan menziarahi, dia akan berasa terasing, sedih dan pilu. Ini akan menambahkan lagi bebanan rasa sakitnya. Oleh itu, menziarahi orang sakit sangat digalakkan oleh Islam.

Cegahlah segala penyakit, sebab itu lebih utama daripada mengubatinya. Dalam kehidupan umat Islam, sesudah nikmat iman, tidak ada pemberian Allah yang lebih baik daripada nikmat kesihatan.

Oleh itu, jika menghidap penyakit segeralah diubati supaya tidak melarat dan mendatangkan lebih banyak mudarat.

Jangan sesekali meminta kepada orang biasa atau dukun pengamal mistik yang mengaku mempunyai ilmu ghaib. Barang siapa mendatangi mereka maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya selama 40 hari.

Sementara itu, jangan berubat dengan benda haram, misalnya alkohol, binatang atau benda lain yang diharamkan Allah kerana Allah yang menciptakan penyakit tidak menjadikan yang haram sebagai penyembuh.

Uthman bin Abu al-Ass mengadu kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam akan kesakitan dirasai pada jasadnya sejak ia memeluk Islam, lalu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda kepadanya:
"Letakkan tangan engkau pada bahagian jasad yang engkau merasai sakit dan katakanlah: Dengan nama Allah, sebanyak tiga kali, kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali: Aku mohon berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku dapat dan aku berwaspada." (Hadis riwayat Muslim)

Sementara itu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengajar doa menziarahi orang sakit. Daripada Ibnu Abbas, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Orang yang menziarahi pesakit yang belum tiba saat kematiannya, lalu ia berkata di sisinya, sebanyak tujuh kali: Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan 'Arasy yang Agung, agar menyembuhkan engkau. Nescaya Allah akan menyelamatkannya daripada penyakit itu." (Hadis riwayat Abu Daud)

Jelaslah sakit dan penyakit adalah ujian Tuhan kepada hambanya. Setiap orang akan merasa sakit sama ada sakit berat atau ringan. Setiap penyakit ada ubatnya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan penyembuhan untuknya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Apabila anda sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. Harus diingat, doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah.

Bagi mengelakkan penyakit, selalu bersenam, jangan makan terlalu kenyang ini kerana terlalu banyak makan mengakibatkan timbulnya penyakit jantung, darah tinggi, hati dan paras kolesterol tinggi.

Umat Islam juga diingatkan mengelakkan penyakit yang mengaibkan dan berbahaya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan segala penyakit yang berbahaya."

Dan dalam hadis lain, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada mati sebab jatuh ke dalam telaga, mati akibat runtuhan, tenggelam, kebakaran dan aku berlindung daripada dibinasakan oleh syaitan ketika hendak mati, aku berlindung kepada-Mu, dan aku berlindung daripada mati kerana sengatan binatang yang bisa." (Hadis riwayat al-Nasai dan al-Hakim)

Sesungguhnya Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai seorang Rasul memang dipelihara Allah daripada sebarang penyakit jelik. Bahkan Baginda mengingatkan kepada umatnya supaya berusaha mengelakkan dan menjauhi penyakit yang mengaibkan dan perkara buruk lain.

Sakit adalah takdir Allah yang menimpa kepada sesiapa dikehendakinya. Tidak ada orang yang meminta untuk mendapat penyakit. Tetapi apabila penyakit menimpa, maka hendaklah kita bersabar menerima takdir Allah dan berusaha supaya disembuhkan daripada penyakit itu.

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam
'Sesungguhnya aku telah mengalami
mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan.... ....'

1. Aku telah melihat seorang dari
umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat
mengerunkan untuk mengambil nyawanya,
maka
malaikat itu terhalang perbuatannya
itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA..

2 . Aku melihat seorang dari umatku
telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku
sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis
lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS
IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku
diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang
dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh
malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah
melepaskann ya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga
yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari
meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk
mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan- kumpulan ,
setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB
DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulanku seraya duduk
disebelahku .

7. Aku melihat seorang dari umatku
berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia
sendiri di dalam keadaan binggung,
maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA
YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkan nya dari kegelapan kepada
tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara
dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas
bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA
BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaran ya,lalu berbicara mereka
dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-
nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA
YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya
api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM: 'SAMPAIKANLAH
PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT'

INGATLAH !!! 15 PENYEKSAAN BAGI MEREKA TIDAK BERSEMBAHYANG

DI DUNIA

1. Dicabut berkat umur (hidup susah dan tidak aman).
2. Dihapuskan tanda orang soleh dimukanya (hilang seri muka).
3. Setiap amalan kebajikan yang dilakukan tidak diberi pahala oleh Allah.
4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah.
5. Ia tidak tergolong dari kalangan mukmin.
6. Dihilangkan Allah akan rezekinya.
WAKTU HENDAK MATI

1. Mati dalam keadaan hina.
2. Mati dalam keadaan kelaparan.
3. Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat.
DALAM KUBUR

1, Disempitkan kubur sehingga hancur tulang rusuknya.
2. Dinyala api di dalam kubur untuknya, maka ia bergelumang di dalam api siang dan malam.
3. Datang ular bernama SYUJA yang matanya daripada api neraka dan kukunya daripada besi (panas neraka) dan menggigit setiap ketika hingga hari kiamat.
DARI KUBUR KE AKHIRAT

1. Diberatkan hisab (banyak soal jawab).
2. Dimurkai Allah.
3. Dimasukkan ke dalam neraka.

Saturday, November 13, 2010

DISEBALIK ANGKA 7

Allah menciptakan 7 hari dalam seminggu. Langit sebagai atap kita terdiri dari 7 tingkat atau lapisan. Tanah yang kita pijak ada 7 lapis. Tubuh kita terbahagi menjadi 7 bahagian. Surah Al Fatihah ada 7 ayat dan berbagai jumlah 7 yang lain. Tapi tahukah anda makna disebalik angka 7 itu?

Asy-Syaikh Al Imam Abu Nashr Muhammad bin Abdirrahman Al Hamdani dalam kitabnya Assab’iyyatu fi Mawa’idhil Barriyah menyatakan, Dzat Pencipta yang sangat besar kekuasaanNya dan sangat tinggi kedudukanNya iaitu Allah SWT telah menghiasi 7 perkara dengan 7 perkara. Dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap 7 perkara itu dengan 7 perkara lainnya. Hal tersebut sengaja Allah ciptakan untuk memberitahu kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya di dalam angka 7 itu mempunyai keunikan dan rahsia yang besar.

Pertama

Allah menghiasi udara ini dengan tujuh lapis langit sebagaimana firman Allah dalam surah An-Naba’ ayat 12:

“Dan Kami (Allah) jadikan di atas kamu 7 (langit) yang kukuh.”

Allah menciptakan langit dunia pertama dari air, langit kedua dari embun, langit ketiga dari besi, langit keempat dari perak, langit kelima dari emas, langit keenam dari mutiara dan langit ketujuh dari mira delima. Setelah itu dibelahnya yang antara tiap-tiap bahagian berjarak lima ratus tahun.

Kemudian Allah menghiasi langit itu dengan tujuh bintang. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 16,

“Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan gugusan bintang di langit dan Kami telah menghiasinya bagi orang-orang yang memandangnya. ”

Tujuh bintang yang dimaksudkan adalah bintang Zuhal, Musytari, Marikh, Syamsu, Zahra, Athorid dan Qamar.

Kedua
Allah telah menghiasi tanah yang lapang dengan 7 lapis bumi. Sebagaimana firman Allah dalam surah Ath-Thalaq ayat 12,

“Allah-lah yang telah menciptakan 7 langit dan bumi seperti itu pula ….”

Kemudian Allah menghiasi (bumi) itu dengan 7 lautan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Luqman ayat 27,

“… dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya.. .”

Tujuh lautan yang dimaksud adalah lautan Thobaristan, Karman, Oman, Qolzam, Hindustan, Rum, dan Maghrib.

Ketiga
Allah telah menghiasi neraka dengan 7 tingkatan, iaitu neraka Jahannam, Sa’ir, Saqar, Jahim, Huthamah, Ladho dan Hawiyah. Tentang nama-nama neraka ini sesuai dengan firman Allah, neraka Jahannam dalam surah Al Hijr ayat 43; neraka Sa’ir dalam surah Al Inshiqaq ayat 12; neraka Saqar dalam surah Al Muddatstsir ayat 42; neraka Jahim dalam surah Asy Syura ayat 91; neraka Huthamah dalam surah Al Humazah ayat 5; neraka Ladho dalam surah Al Ma’arij ayat 15 dan neraka Hawiyah dalam surah Al Qari’ah ayat 9.

Allah menghiasi tiap-tiap neraka itu dengan 7 pintu. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 44,

“Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari mereka.”

Keempat
Allah menghiasi Al Quran dengan 7 surah yang panjang. Dan Allah menghiasinya pula dengan 7 ayat Ummul Kitab Al Fatihah, sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 87,

“Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah berikan kepadamu (Muhammad) 7 ayat yang dibaca berulang-ulang (iaitu Al Fatihah) dan Al Quran yang agung.”

Kelima
Allah menghiasi manusia dengan 7 anggota badan, iaitu dua tangan, dua kaki, dua lutut, dan satu wajah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh peribadatan, iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk, dan wajah dengan sujud, tujuh anggota badan manusia ini adalah tujuh anggota tempat sujud. Ada sebagian ulama yang mengatakan bahwa tujuh anggota badan manusia ini adalah otak, urat, urat saraf, tulang-belulang, daging, darah dan kulit.

Keenam
Allah menghiasi umur manusia dengan 7 tingkatan (tahap). Pada masa baru lahir dinamakan tahap radhi’ (menyusu), kemudian tahap fathim (disapih), tahap shabiyyi (bayi), tahap ghulam (kanak-kanak) , tahap syaab (pemuda atau remaja), tahap kuhul (meningkat usia antara 30-50 tahun) dan terakhir tahapan syaikh (masa tua). Selanjutnya Allah menghiasi 7 tahap umur ini dengan tujuh kalimat yaitu ucapkanlah kalimat syahadat, Laa Ilaaha IllAllaahu Muhammadur Rasuulullaah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Insyiqaq ayat 19,

“Sesungguhnya (kejadian atau penciptaan) kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan).”

Ketujuh
Allah menghiasi dunia ini dengan 7 negeri yang besar, iaitu 1. Hindustan, 2. Hijaz, 3. Bashrah, Baduyah, dan Kufah, 4. Irak, Syam (Syiria), Kurasan sampai Balakh, 5. Roma dan Armenia, 6. Ya’juj dan Ma’juj, dan 7. Cina Turkistan.

Allah menghiasi 7 negeri yang besar ini dengan tujuh hari, iaitu Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Dan Allah memuliakan ketujuh hari ini dengan tujuh dari para nabi, iaitu Allah memuliakan Nabi Musa dengan hari Sabtu, Isa bin Maryam dengan hari Ahad, Dawud dengan hari Isnin, Sulaiman dengan hari Selasa, Ya’qub dengan Rabu, Adam dengan hari Khamis dan Muhammad beserta umatnya dengan hari Jumaat.

Secara amnya, masih banyak lagi rahsia angka tujuh yang lain. Dalam masyarakat kita juga mengenal tradisi dengan angka tujuh contohnya hamil tujuh bulan, tujuh hari kematian, sumpah tujuh turunan dan lain-lain.

Kehamilan pada usia tujuh bulan dimaksudkan kerana pada umur tujuh bulan ini si janin sudah dalam keadaan sempurna, baik dari segi fizikal mahupun ruhnya dan siap untuk dilahirkan. Manakala mengenang tujuh hari kematian kerana pada hari ke tujuh ini para ahli waris sudah mulai melupakan atau menerima kepergian si mati. Tentang sumpah tujuh turunan, kerana kita pada kebiasaannya mengenal nasab kita ke atas rata-rata sampai peringkat tujuh keturunan sahaja, bagi keturunaan kelapan dan seterusnya mungkin kita sudah tidak mengenalnya lagi.

Namun begitu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri tidak pernah mengajarkan tradisi-tradisi yang disebutkan tadi. Begitu pula dengan para Imam Mazhab dan para ulama tidak pernah mengajarkan hal-hal yang demikian. Dan yang pasti hanya Allah yang tahu rahsia angka 7 tersebut kerana Dialah yang menciptakan.

amalan selepas kencing..(mesti baca)

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi
sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini,
Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak
amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas
dari azab api neraka. Sayyidina Abu Bakar pernah hendak
menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan
suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu
disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala
jenazah tersebut. Sayyidina Abu Bakar mencabut pedang lalu
menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat
berkata-kata, Katanya " Apakah salah ku ke ana aku telah diutus oleh
Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. " Diselidiki
amalan sipolan itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang
mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang
air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan
berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar
kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa
kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan
dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan
dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya
menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia
tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang
berbibir-bibir itu.

sinar cahaya ayat kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu"

Friday, November 12, 2010

Insan Bernama Kekasih

Buang Bayi - Insaflah !

Keajaiban-Keajaiban ALLAH SWT Di Dunia

10 amaran BUMI

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

bingkisan doa...

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.
YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.
NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.
YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.

YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.

YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.
Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah.

Sepuluh Orang Yang Mayatnya Tidak Busuk Dan Tidak Reput Di Hari Qiamat Kelak

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam: 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a. sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ....
Berpesan-pesan untuk kebaikan...

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZH ZHAALIMIIN'

FACEBOOK& DOSA-DOSA

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun dikesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-


1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan diruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .


3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Hikmah Di Sebalik Wuduk

SOLAT adalah tiang agama dan menjadi 'penangkis segala maksiat'. Solat wajib dilaksanakan sebagai usaha membentuk kebahagiaan jasmani dan rohani. Sebelum melaksanakan tuntutan solat, umat Islam perlu berwuduk sebagai lambang penyucian zahir dan batin. Ia bukan sekadar pembersihan dan penyucian tertentu anggota daripada segala kekotoran tetapi ia mengandungi hikmah lain yang memberi makna mendalam.

Berwuduk menepati kehendak ilmu kesihatan moden yang memperakui ia adalah kaedah perubatan berkesan. Ibnu Qaiyyim al-Jauzi pernah berkata: "Mandi dan wuduk itu mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa serta menghilangkan sebarang kekotoran yang diperoleh, antaranya yang disebabkan jimak." Justeru, wuduk adalah sebahagian rawatan kesihatan kepada umat manusia. Memetik kata pakar kesihatan dari Akademi Perubatan Daghestan, Dr Magomed Magomedov, wuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan tertentu yang dikenali sebagai 'Kawasan Aktif Biologi'.

Beliau berkata, bangsa Cina banyak mengkaji kaedah ilmu sains refleksologi dan mereka yakin kawasan aktif biologi akan merangsang sistem saraf dalam tubuh manusia. Ia mampu memberi kesan positif terhadap tahap kesihatan seseorang. Dr Magomed melaporkan, apabila seseorang menyentuh muka ketika berwuduk, ia akan merangsang saraf untuk menyalurkan kekuatan baru kepada organ lain seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan. Apabila kita membasuh kaki kanan sambil menggosok, ia akan merangsang sistem saraf bagi memulihkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu serta kawasan pinggang.

Apabila membasuh kaki kiri, sains perubatan mengakui ia menyihatkan kelenjar dan kawasan otak yang mengawal sistem endoktrin. Maha Suci Allah! Ibadah yang selalu kita laksanakan selama ini sebenarnya terangkum 1001 macam manfaat. Justeru, kepentingan wuduk sebagai satu ibadah dan alternatif rawatan kesihatan sepatutnya menjadi amalan kepada kita.

Tidak semestinya kita mengambil wuduk ketika hendak menunaikan solat atau ketika hendak membaca al-Quran saja. Wuduk boleh dilakukan sebagai amalan untuk membina jiwa yang suci.

Kita dinasihatkan berwuduk apabila marah. Perasaan marah seseorang pasti menurun apabila berwuduk. Cuba kita bayangkan ketika kita menuju ke tempat berwuduk, badan kita dalam keadaan panas dan kurang bertenaga. Bagaimanapun, apabila selesai berwuduk dengan serta-merta anggota tubuh tenteram. Pada suatu hari, Junaid al-Baghdady menghidap penyakit mata. Lalu, dia berubat dengan seorang tabib Nasrani. Tabib itu menilik keadaan mata Junaid, kemudian menasihatkan supaya matanya jangan terkena air. Pada mulanya, dia tidak keberatan mengamalkan petua tabib itu. Namun, di rumahnya, Junaid teringat bahawa setiap kali bersolat, seseorang itu mestilah berwuduk sedangkan berwuduk mesti membasahi muka.

Junaid yakin Allah menjadikan setiap penyakit dan setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda bermaksud: "Allah tidak akan menurunkan penyakit kecuali menurunkan ubatnya, maka berubatlah." (Hadis riwayat Ibnu Majah). Tanpa ragu-ragu Junaid pun berwuduk dan membasuhi mukanya. Kemudian selesai melakukan solat, dia tidur. Kejadian aneh terjadi padanya, matanya sembuh.

Tabib yang memberi petua penyembuhan pada Junaid menjadi sangat hairan apabila melihat mata Junaid kembali sembuh. Yang dia hairankan ialah mengapakah begitu cepatnya mata Junaid sembuh. Kata tabib itu, "Mengapakah tiba-tiba sahaja matamu menjadi baik? Jawab Junaid: "Aku hanya berwuduk, aku membasuh muka dan mataku.' Kesan peristiwa itu tabib yang beragama Nasrani itu akhirnya memeluk Islam. Dia mengucap dua kalimah syahadah lalu berkata: "Itu adalah ubat dari Tuhan yang menciptakan penyakit itu. Dia yang memberikan penyakit dan Dia jugalah yang menciptakan ubatnya. Aku juga sebenarnya menderita penyakit, iaitu penyakit hati (rohani), dan Junaidlah yang menjadi tabibnya." Dengan berkat berwuduk, ia mengandungi banyak manfaat terutama menyembuhkan pelbagai penyakit. Itulah yang diperintahkan Allah pasti mempunyai hikmah dan kebaikannya kepada manusia." "Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Terlanjur : Padah Melayan Cinta Monyet

“Apa yang dimaksud ‘terlajur’ pada ayat ustaz tu?” Tanya seorang pembaca setia laman blog penulis.

“Usahlah ditanya, cukuplah kalimah tersebut menghantui kepala saya sejak kebelakangan ini” Penulis cuba meredakan hati yang sedikit risau melihat gelagat muda-mudi masa kini.

Mungkin para teman dan pembaca tertanya-tanya kenapa terlalu banyak mesej pesanan di yahoo messenger hingga memeningkan sesetengah sahabat-sahabat, tidak cukupkah sekali dihantar?

Penulis terpaksa berbuat sedemikian bagi menjawab banyak pertanyaan sama yang diajukan di dalam e-mail, bahkan yang terbaru betul-betul menguji kesabaran penulis. Apakah ini yang dikatakan darah muda yang berani memperlakukan perbuatan terkutuk ini?

Ada yang mengaku telah ditebuk oleh teman lelaki, terkapai-kapai mencari jalan pulang kepada-Nya.

Allahu Rabbi…!

Namun paling merisaukan penulis, penyakit kronik ini berlaku dikalangan anta anti yang mempunyai asas ilmu agama sebagai pendiding. Ingatkan cerah hingga ke petang, hujan pula dipertengahan.

Inilah yang penulis persoalkan.

Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.” al-Israa’ (17:72)

Ada yang berpendapat fatrah masa pertunangan adalah waktu untuk berkenal-kenalan, jadi apa salahnya untuk keluar bersama ke taman-taman rekreasi, pusat hiburan dan sebagainya. Ini adalah pandangan yang fasad dan tidak diiktiraf oleh agama. Mana tidak semua hujah atau dalil tersebut berbaur khayalan dan bayangan iblis bagi memuaskan nafsu semata-mata.

Pendirian penulis berkenaan dengan no couple sebelum kahwin sememangnya tetap tegar dari sekolah, universiti sehinggalah penulis akan merasai nikmat berkahwin itu sendiri. Mungkin penulis antara individu yang amat tajam dalam mengkritik individu yang bercinta hingga meleret-leret sebelum kahwin.

Terkadang terasa rimas dengan sikap sesetengah daripada kawan-kawan yang bercinta kononnya, sungguh mengajar erti kesabaran. Mabuknya melampau-lampau. Tunduk ego kelakian, dan lembik tengok para wanita.

Bahkan penulis sering beranggapan golongan yang bercinta sebelum kahwin ini kadang-kadang boleh menjadi munafik. Bagaimana pula? Kenapa tidak, semasa bercinta semuanya sikap yang baik-baik ditonjolkan, daripada cakap-cakap romantik, hadiah yang tidak pernah putus-putus, puji-pujian yang melangit dan sebagainya. Tetapi selepas kahwin, berapa ramai yang kekal dengan lakonan masa cinta tengah mekar subur sebelum ini, jarang sekali akan ketemu mereka yang masih ingat pada skrip yang pernah dihamburkan dulu.

Inilah salah satu puca perceraian yang tinggi di tanah air kerana pasangan berasa tertipu selepas belang sebenar pasangan mereka terdedah bilamana merasai sendiri bayangan rumahtangga yang sebenar.

TIADA MATLAMAT HIDUP JELAS

Bagi yang sudah terdedah dengan gaya hidup bebas, keluar bersama untuk dating, beriba dan bertepuk tampar bukanlah sesuatu yang pelik. Penulis terkedu mendengar kisah hidup masyarakat muda-mudi Malaysia yang sudah ala-ala barat. Masalah ber-couple dan membawa balik pasangan ke rumah sudah menjadi perkara biasa, yang hairannya ibu bapa sendiri yang merestui hubungan haram itu.

Belum cerita lagi tidur sekatil yang makin menjadi ‘biasa’. Maksiat? Dosa? Semunya tidak terasa dek kerana matlamat menghalalkan cara.

“Niat kami baik, bukan nak main-main pun, sampai masa kami kahwin la. Kamu sibuk kenapa? Macamlah baik sangat”

Biasa dengarkan ayat di atas?

Lain pula ceritanya dengan pasangan yang berkopiah dan bertudung litup, terkadang penulis tergelak keseorangan dengan lakonan wara’ mereka. Berhenti solat di masjid semasa keluar bersama, maklumlah alim dan wara’, miscall qiamullail, sms tazkirah dan sebagainya antara skrip murahan harian mereka.

Mabuk orang bercinta ni memang dahsyat. Mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Ta'ala. Pelik bukan? Mulut kita mengaku cinta Allah Ta'ala, sayang Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, namun amalannya masih jauh daripada hakikat sebenar.

“Macam mana nak kenal peribadi bakal isteri kalau tak bergayut dulu” antara alasan yang pernah diberikan kepada penulis.

Teringat penulis cerita lama orang tua kita yang berkahwin dan hanya mengenal pasangan masing-masing pada hari perkahwinan. Bahagia mereka lebih daripada pasangan moden yang kenal sampai ke dalam kain sebelum di-Ijab dan Qabul.

Pastinya kenyatan ini dijawab kembali: “Ala itu dulu, sekarang dunia sudah maju, takkan nak ikut cara datuk nenek kita zaman jepun dulu” Penulis terkedu mendengar ayat berapi ini.

SAY : “NO COUPLE”

Persoalan cinta sebelum kahwin ini merupakan tajuk yang panjang. Cinta tidak semestinya membawa kepada couple, namun bahkan cinta boleh menjadi wasilah kepada mungkar lain yang mungkin berlaku tanpa couple.

Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud: “Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” al-Furqan (25:74)

Magnet jantina ini sebenarnya satu fitrah dalam kehidupan manusia. Hal ini bukanlah perkara baru bagi kehidupan pelajar ditambah lagi dengan faktor umur di alam kampus tarikan untuk berpasang pasangan merupakan perkara lumrah dan mendarah-daging dalam diri mereka.

Perkenalan di alam sekolah, kenal semasa kursus persediaan, kenal sebab sekelas atau satu universiti, kenal kerana pertukaran nota, bahkan kenal sewaktu sama-sama berprogram merupakan noktah pemulaan kepada eposid cinta remaja, mungkin cinta monyet.

Jadi bagi yang sudah bermula untuk mencari, semak balik niat anda. Bagi yang sudah tersasar jauh jadikan cinta Allah Ta'ala benteng ampuh dalam mengawal karenah cinta anda yang bergelora. Akhirnya pesanan penulis kepada semua yang ingin dan tengah bercinta, jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kahwin.

Mengapa perlu mencari marah Allah Ta'ala semata-mata mencari bahagia manusia yang tiada jaminan.

Jauhilah maksiat bercinta sebelum kahwin, sinonimnya cinta monyet ini.

“Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu, duhai Allah.” Amiin...

Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Aib Kita

Pada zaman Nabi Musa A.S., bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi.. asqinaa”..

Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan diantara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian”.

Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tak turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.

Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.

Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”


p/s: Kalaulah bukan kerana Allah menutup aib-aib dari pengetahuan umum atas dosa-dosa yang kita lakukan, pasti keaiban kita sudah lama tersebar.

Bayar Fidyah Tinggal Puasa

Disini akan dibahaskan mereka yang wajib membayar fidyah dan mereka yang tidak wajib membayarnya dengan itu saya mulakan mereka yang wajib membayar fidyah.

Mereka yang wajib membayar fidyah kerana meninggalkan puasa ialah:

1. Orang yang meninggalkan puasa ramadhan dengan sebab uzur dan dia ada masa mengqada’nya dan dia tidak mengqada’nya sehinga dia mati maka wajib walinya mengeluarkan tiap-tiap satu hari satu cupak makanan yang diambil dari harta peninggalannya. Ahli keluarga (wali) si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

Sekiranya si mati tidak mengqada’ puasanya dan telah masuk ramadhan yang lain maka wajib dua fidyah, satu fidyah puasa yang tak dapat diqada’nya kerana dia dah mati, dan satu fidyah melangkau qada’nya pada ramadhan yang lain, begitulah seterusnya jika puasa yang tidak diqada’ melangkau dua tahun, tiga tahun …… hukum ini berbeza dengan orang yang hidup, sila lihat no. 5. Ahli keluarga si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan hanya perlu mengeluarkan satu fidyah sekiranya puasa yang tidak diqada’ telah diselang oleh satu ramadhan.

2. Orang yang meninggalkan puasa ramadhan dengan tiada uzur dan tidak ada masa mengqada’kannya sebelum dia mati, maka wajib atas walinya membayar fidyah secupak makanan untuk tiap-tiap hari yang ditingalkannya. Ahli keluarga si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

3. Orang yang ada puasa nazar dan dia ada masa memperbuatnya tetapi dia tidak puasa sehinga dia mati, maka wajib mengeluarkan secupak makanan bagi tiap-tiap satu hari puasa yang dinazarnya. Fidyah itu hendaklah diambil dari harta peninggalannya. Ahli keluarga si mati boleh berpuasa bagi pihak si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

4. Orang yang ada puasa kafarah sama ada kafarah jimak dalam bulan ramadhan, kafarah zihar, kafarah sumpah, atau kafarah bunuh, sedangkan dia ada masa mengerjakan puasa itu tetapi dia tidak berpuasa sehinga dia mati, maka wajib dikeluarkan setiap puasanya itu satu cupak makanan yang diambil dari harta peninggalannya. Ahli keluarga si mati boleh berpuasa bagi pihak si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

5. Orang yang melewatkan qada’ puasanya sehinga masuk ramadhan yang lain, wajib keatasnya mengqada’ puasanya dan mengeluarkan fidyah iaitu secupak makanan bagi tiap-tiap hari yang dilewatkan itu, sekiranya yang dilewatkan itu dua tahun, maka dua cupak, jika yang dilewatkan itu tiga tahun maka tiga cupak begitulah seterusnya.

Orang yang melewatkan qada’ puasanya sehingga masuk ramadhan yang lain hanya wajib mengqada’kan puasanya sehari jua bagi tiap hari yang ditingalkan, dan tidak perlu dia menggandakan qada’nya hanya yang diganda bilangan cupak yakni bilangan fidyah.

6. Perempuan yang hamil yang meningalkan puasa ramadhan sebab takut mudarat anak dalam perut sedang tidak takut mudarat dirinya. Dia wajib mengeluarkan fidyah dan wajib qada’.

7. Perempuan meninggalkan puasa ramadhan sebab takut mudarat anak dengan sebab kurang susu tetapi tidak takut mudarat dirinya. Dia wajib mengeluarkan fidyah dan wajib qada’

8. Orang yang terlalu tua, wajib membayar fidyah sahaja dan tidak wajib mengqada’ puasanya, sekalipun kemudian dari itu dia boleh berpuasa.

9. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh wajib membayar fidyah sahaja dan tidak wajib mengqada’ puasanya, sekalipun kemudian dari itu dia boleh berpuasa.

10. Orang yang berbuka puasa ramadhan kerana menolong orang yang tenggelam air atau lainnya maka dia wajib qada’ serta fidyah.

Jadual wajib fidyah. Sila lihat di bawah lebih terperinci:



Mereka yang tidak wajib membayar fidyah kerana meninggalkan puasa.

1. Orang yang meninggalkan puasa ramadhan dengan sebab uzur dan dia tidak ada masa mengqada’nya sehinga dia mati. Contoh tidak ada masa mengqada’, seperti dia mati selepas ramadhan, atau berkekalan sakit sehinga dia mati.

2. Orang yang ada puasa nazar dan dia tidak ada masa memperbuatnya sehinga dia mati. Contoh seorang yang bernazar sekiranya dapat anak dia akan berpuasa selama tiga hari, kemudian dia pun mendapat anak dan dia mati pada keesokkan harinya atau sakit pada keesokkan harinya sehinga mati maka tidak perlu dikeluarkan fidyah kerana dia tidak ada masa memperbuatnya.

3. Orang yang ada puasa kafarah dan dia tidak sempat memperbuatnya dan dia pun mati atau sakit berterusan sehinga mati.

4. Perempuan yang menyusukan anak yang takut mudarat pada dirinya atau yang takut mudarat pada dirinya dan anak yang disusuinya.

5. Perempuan hamil yang takut mudarat dirinya atau mudarat dirinya dan anak di dalam kandungannya.

6. Perempuan yang meningalkan puasa ramadhan dan dia tidak dapat mengqada’nya dengan sebab menyusukan anak atau hamil sehinga berselang beberapa ramadhan. Perempuan ini tidak perlu membayar fidyah dan dia hanya perlu mengqada’ puasanya sahaja. Contoh, seorang perempuan beranak sebelum ramadhan dan dia tidak berpuasa kerana dia di dalam nifas, setelah ramadhan darahnya berhenti dan dia sedang menyusukan anak, dalam masa dia menyusukan anaknya dia hamil dan seterusnya dia beranak, dan masuk ramadhan yang lain sedangkan dia tidak mengqada’ puasanya yang telah dia tingalkan kemudian dia menyusukan anak lagi begitulah seterusnya sehinga beberapa tahun. Oleh kerana dia hamil dan menyusukan anak maka dia dikira ada uzur. Dan dia boleh (tidak berdosa) menangguhkan qada puasanya sehinga masuk ramadhan yang lain

10 AMALAN TERBAIK TETAPI TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Makkah dan apabila balik dari Makkah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.

Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid.. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.' Riwayat Bukhari

KELEBIHAN BISMILLAH

1. Dibaca 21 kali sebelum masuk tidur Insya Allah akan dijaga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala daripada gangguan makhluk halus, jin, syaitan, pencuri, mati mengejut dan perkara yang tidak diingini berlaku termasuk sihir.

2. Dibaca 786 kali pada air di waktu malam (seeloknya malam Juma’at) lalu diberi minum pada orang yang bodoh, lemah ingatan, bebal, diberi minum pada waktu pagi (waktu terbit matahari) insya Allah akan diterangkan hati oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala (diulang selama 7 hari).

3. Dibaca 50 kali dihadapan orang yang zalim insya Allah akan dihinakan orang zalim itu oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

4. Ditulis 135 kali lalu diletakkan di depan pintu rumah, insya Allah rumah itu akan terhindar dari jin dan syaitan.

5. Ditulis 101 kali lalu dimasukkan ke dalam botol dan ditutup/disumbat agar tidak masuk air ditanam di tempat sawah insya Allah akan terselamat dari binatang perosak dan penyakit tanaman.

19 HADIS TENTANG WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. 'Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,"Ibunya."

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam) di dalam Syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada 'Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

TANDA-TANDA KEMATIAN

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :

1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu 'Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu 'Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas 'Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu 'Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu 'Asar keesokan harinya.

6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Penutup

Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahu a'lam...